Di HAUZ, kami sentiasa menyasarkan platform kami dalam membantu industri kawalan keselamatan. Kembali ke tahun 2018 di mana kami bermula dengan pembangunan sebuah aplikasi yang menyediakan solusi kepada syarikat kawalan keselamatan dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi mereka.
Kini selepas dua tahun penubuhan, meski kami sudah melebarkan sayap ke industri-industri yang lain, kami masih terus mendekati dan membantu syarikat-syarikat kawalan keselamatan dalam proses peralihan dari proses pengurusan manual ke sebuah sistem digital.
Bagaimana sebenarnya kami membantu mereka dari awal? Ya, kami mula dengan mengenal pasti masalah-masalah mengendalikan pengurusan tenaga kerja dan operasi yang mereka hadapi terlebih dahulu.
Apakah Masalah yang Dihadapi oleh Syarikat-Syarikat Industri Kawalan Keselamatan?
Bercakap mengenai syarikat kawalan keselamatan, apa yang dapat kita bayangkan adalah pengawal keselamatan yang bertugas di pelbagai lokasi: pekan, bandar, bahkan di serata negeri. Situasi ini menyebabkan pihak pengurusan mengalami kesukaran dalam memastikan pengawal keselamatan mereka berada di lokasi yang sepatutnya serta mendapatkan laporan bertugas mereka pada waktu yang tepat.
Ditambah dengan kerisauan terhadap perjalanan operasi, adakah ianya akan berjalan baik meski sudah terdapat penyelia yang ditempatkan di lokasi-lokasi bertugas bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Ada masanya, pengawal keselamatan tidak berada di tempat bertugas mereka ataupun rakan mereka membantu mereka untuk clock-in di mana sebenarnya mereka tidak berada di lokasi tersebut. Terdapat juga masanya keadaan menjadi sukar apabila pengawal keselamatan kehilangan buku laporan mereka ataupun sewaktu berdepan dengan kerosakan peranti.
Proses manual serta-merta memberi bayangan kepada kita akan penyediaan laporan yang memakan masa. Dengan tempoh yang singkat untuk menyiapkannya sebelum pembayaran gaji berikutnya tiba, laporan yang dibuat secara manual juga cenderung untuk mempunyai kesilapan. Adalah sukar untuk kita menghasilkan laporan yang seratus peratus sempurna dan seterusnya bakal berhadapan masalah yang datang dari kesilapan laporan tersebut. Situasi ini akan menyebabkan gaji pekerja dibayar terlebih mahupun gaji mereka dibayar kurang.
Bagaimana Kami Membantu Mereka?
Aplikasi kami bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat yang mempunyai tenaga kerja yang ramai, bertugas di pelbagai lokasi mahupun bekerja di luar pejabat. Dengan hanya menggunakan telefon pintar bagi pekerja dan sebuah komputer riba bagi pihak pengurusan adalah sudah memadai dalam memenuhi kesemua keperluan pengurusan tenaga kerja syarikat.
Feature pengambilan rekod kehadiran yang hanya memerlukan tiga langkah mudah telah membantu syarikat kawalan keselamatan mendapatkan butiran kehadiran pengawal keselamatan mereka dengan tepat dan mudah dalam masa yang singkat.
Pengawal keselamatan hanya perlu mengimbas kod QR yang diletakkan di lokasi tempat mereka bertugas, swafoto bagi mengelakkan berlakunya sebarang penipuan dan siap, pengawal keselamatan anda kini clocked-in.
Aplikasi HAUZ juga menampilkan sistem laporan di mana anda kini boleh menjana laporan secara automatik di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Sistem laporan ini didatangkan dengan beberapa jenis laporan yang akan memudahkan lagi pihak pengurusan untuk mengesan dan menganalisis sebarang masalah mahupun aktiviti pekerja.
Platform ini juga dilengkapi dengan feature pintar seperti Penjadualan (Schdeuling) yang membantu dalam pengaturan syif dan dapat menghindarkan dari berlakunya sebarang masalah komunikasi antara pihak pengurusan dan pengawal. Dengan ini, pengawal keselamatan anda tidak lagi akan keliru mahupun kecewa dengan perubahan syif pada saat akhir kerana mereka akan segera diberitahu melalui notifikasi di telefon bimbit sekiranya terdapat sebarang perubahan pada jadual mereka.
Laporan sela (interval report) juga telah terbukti membantu dalam pelaporan sebarang isu yang berlaku di lokasi bertugas ataupun sekiranya pekerja perlu melaporkan sesuatu perkara secara umum kepada pihak pengurusan.
Jadi, sekiranya pengawal keselamatan anda berhadapan masalah yang perlu dirujuk, mereka boleh terus mengambil gambar dari aplikasi HAUZ dan pihak pengurusan akan dapat melihat laporan tersebut dengan serta-merta.
Platform kami tidak berhenti di situ meski dengan kesemua ciri-ciri yang kini terdapat di dalam sistem, HAUZ renjas untuk menghasilkan lebih banyak kemas kini dan features yang kami yakin akan meningkatkan lagi aplikasi kami ke satu tahap yang jauh lebih baik.
Matlamat kami adalah untuk terus membantu industri kawalan keselamatan untuk tempoh masa yang lebih lama lagi.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana HAUZ mampu membantu syarikat anda, layari laman web kami di www.hauz.com.my untuk berhubung dengan kami.