Minggu pertama pada setiap bulan baharu sememangnya menjadi antara minggu yang meletihkan bagi pengurus operasi sesebuah syarikat keselamatan. Ini kerana, pada minggu tersebutlah mereka perlu mengumpul dan melalui satu persatu punch card pengawal keselamatan mereka bagi urusan penyediaan lembaran masa (time sheet) para pengawal keselamatan.
Jumlah pelanggan HAUZ yang kebanyakannya dari syarikat keselamatan telah menguatkan lagi keyakinan HAUZ bahawa aplikasi dari syarikat kami ini mampu membantu syarikat keselamatan dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi.
HAUZ membantu syarikat keselamatan melalui:
1.Rekod masa kehadiran pengawal keselamatan
HAUZ mendigitalkan pengambilan masa kehadiran pengawal keselamatan tanpa menggunakan sebarang peranti dan hanya menggunakan dua langkah mudah; snap dan hantar. Rekod kehadiran yang dicatat di dalam sistem bukan sahaja akan menunjukkan masa kehadiran pekerja tersebut dihantar, tetapi juga turut menunjukkan muka pekerja dan lokasi kehadiran tersebut diambil.
2.Penyediaan lembaran masa
HAUZ bukan sekadar mendigitalkan pengambilan masa kehadiran pengawal keselamatan, malah HAUZ turut membantu syarikat keselamatan menjana laporan kehadiran dan juga lembaran masa kehadiran setiap pengawal keselamatan dengan hanya satu klik sahaja. Pilih sahaja lokasi pos pengawal keselamatan, dan laporan akan dijanakan secara automatik kepada anda!
3.Laporan harian (Snap & Send)
HAUZ mendigitalkan laporan harian pengawal keselamatan melalui feature interval report kami. Tahukah anda bahawa setiap laporan yang dihantar oleh pengawal keselamatan akan direkodkan beserta masa dan lokasi laporan tersebut dibuat? Dengan ini, bahagian pengurusan mahupun pengawal keselamatan tidak lagi perlu menulis laporan harian mereka secara manual di buku log, jimat kertas dan lebih terjamin.
4.Aktiviti kenderaan syarikat
HAUZ turut membantu syarikat keselamatan dalam mengawasi aktiviti penggunaan kenderaan syarikat. Pengawasan pemandu kenderaan, tempoh memandu, servis kenderaan dan banyak lagi semua dengan hanya menggunakan satu applikasi sahaja.
5.Permohonan cuti
Pernah terfikir susahnya pekerja dari pelbagai lokasi ingin memohon cuti secara terus dari pihak pengurusan? HAUZ mendigitalkan permohonan cuti pengawal keselamatan dari pelbagai lokasi melalui feature e-leave kami, menjadikan sistem permohonan cuti pengawal keselamatan anda lebih mudah dan sistematik tanpa menggunakan sehelai kertas pun.
Dengan satu aplikasi sahaja, HAUZ bukan sekadar membantu syarikat keselamatan dalam mendigitalkan pengambilan masa kehadiran pekerja, malah HAUZ turut membantu mereka dari aspek operasi dan permohonan cuti pengawal keselamatan di pelbagai lokasi. Penggunaan aplikasi HAUZ yang amat mudah dan juga ketersediaan HAUZ pada semua jenama telefon pintar dijamin akan memudahkan lagi pihak pengurusan dalam memantau prestasi pekerja pengawal keselamatan mereka selain turut membantu para pengawal keselamatan dalam mendigitalkan urusan rekod kehadiran dan juga laporan harian mereka. Snap dan hantar!