Pengurusan tenaga kerja dalam sesebuah syarikat merupakan suatu perkara yang penting dalam memastikan pekerja menerima manfaat yang sewajarnya sepanjang berkhidmat di syarikat berkenaan. Salah satu elemen yang signifikan dalam pengurusan tenaga kerja ialah pengambilan rekod kehadiran pekerja. Pengambilan masa kehadiran pekerja bukan sahaja membantu majikan memantau prestasi para pekerja, bahkan turut membantu dalam memastikan para pekerja dibayar secukupnya mengikut jumlah waktu berkerja mereka.
Pada era modenisasi kini, majikan tidak hanya mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan peranti manual atau perisian (software) dalam pengambilan masa kehadiran pekerja mereka, majikan juga boleh mengambil kira untuk menggunakan sistem kehadiran pekerja digital yang lebih on-the-go dan tidak memerlukan sebarang peranti.
Perbezaan menggunakan HAUZ dan sistem biometrik dalam pengurusan tenaga kerja:
- Aset
Dari segi aset, mesin biometrik memerlukan majikan membeli peranti tertentu bagi setiap lokasi cawangan mahupun tapak projek. Berbeza dengan menggunakan HAUZ, di mana HAUZ tidak menggunakan sebarang mesin. HAUZ hanya menggunakan applikasi telefon pintar (mobile app) dan pekerja hanya perlu scan QR tag untuk clock-in dan clock-out.
- Kos
Kos bagi satu mesin biometrik boleh mencecah sehingga RM2000 sebuah. Namun begitu, mesin biometrik terkait dengan kos-kos lain seperti kos pemasangan dan kos penyelenggaraan yang memerlukan majikan mengeluarkan sejumlah wang sekali lagi.
Manakala HAUZ adalah sistem berasaskan langganan bulanan. Harga bagi langganan HAUZ bermula dari hanya RM3 bagi seorang staff sebulan mengikut pelan langganan dan HAUZ tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau caj tersembunyi dalam sebarang servis dari HAUZ.
- Masa
Separuh mesin biometrik memerlukan pegawai bertugas untuk mengemas kini lembaran masa (time sheet) dari USB ke PC setiap minggu mahupun setiap bulan. Selain itu, terdapat juga sistem biometrik yang tidak dapat diintegrasikan secara terus dengan sistem payrol. Ini mungkin akan memakan masa dan memerlukan tenaga kerja yang lebih dalam tugas penyediaan payrol.
HAUZ membolehkan pegawai bertugas untuk terus menjana laporan lembaran masa yang telah direkodkan dengan satu klik sahaja. HAUZ juga boleh diintegrasikan dengan sistem payrol sedia ada bagi urusan gaji pekerja. Selain itu, HAUZ turut memberi pilihan kepada pegawai anda untuk menyesuaikan laporan lembaran masa mengikut ciri-ciri yang diingini melalui penjanaan laporan dalam dokumen Excel. Pilih saja PDF atau Excel, HAUZ janakan untuk anda!
- Penggunaan Tenaga Elektrik
Hampir kesemua mesin biometrik memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Meskipun ada disediakan bateri sokongan bagi kegunaan kecemasan seperti ketika ketiadaan sambungan elektrik, namun secara tidak sedar, kita masih perlu membayar caj penggunaan elektrik yang kita gunakan sepanjang pemasangan mesin biometrik berikut.
HAUZ tampil sebagai solusi di mana HAUZ tidak menggunakan sebarang mesin dan HAUZ tidak memerlukan sebarang penggunaan tenaga elektrik untuk mengambil rekod kehadiran pekerja, namun masih mampu memberi penyelesaian yang sama kepada peranti yang menggunakan tenaga elektrik.
- Limitasi Biometrik
Pernah terfikir bagaimana anda boleh mendapatkan laporan harian dari pekerja secara terus tanpa mengisi buku log? HAUZ membolehkan pekerja menghantar laporan terus dari telefon pintar beserta gambar, lokasi dan masa laporan dibuat. Laporan yang telah dihantar boleh terus dilihat oleh pihak pengurusan dan juga dicetak mengikut keperluan. Bayangkan bagaimana RM3 bagi seorang pekerja sebulan mampu membantu anda dalam pelbagai aspek!
HAUZ bukan sekadar membantu dalam pengambilan rekod masa kehadiran dan laporan aktiviti pekerja sahaja, tahukah anda bahawa HAUZ mampu membantu anda mengawasi aktiviti penggunaan kenderaan syarikat dan pengurusan peralatan syarikat yang lain? HAUZ juga membolehkan pekerja dari pelbagai cawangan memohon cuti terus ke pihak pengurusan tanpa memerlukan sebarang kertas.
Meskipun mesin biometrik mempunyai pengguna yang ramai dan meluas, ianya tidak bermakna pendekatan digital seperti HAUZ tidak relevan untuk membantu syarikat dalam pengurusan tenaga kerja. HAUZ telah terbukti mampu menjimatkan sehingga 80% dari kos yang diperlukan dalam pengurusan tenaga kerja syarikat dari industri perusahaan sederhana kecil. Dunia kini menuntut kita untuk memperluaskan penggunaan alatan digital dalam kegiatan industri yang kelak akan mengubah corak kerja sedia ada kita ke suatu solusi yang lebih memudahkan dan diterima pakai seiring dengan Revolusi Industri 4.0.