(BM) Manfaat Digitalisasi

Teknologi digital yang canggih mampu memberi pelbagai impak positif jika diaplikasikan dalam sesebuah perniagaan. Digitalisasi mampu memudahkan segala urusan kerana segalanya dilakukan di atas talian. Walabagaimanapun, tidak semua peniaga mempunyai kesedaran tentang manfaat digitalisasi terutama sekali perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana mereka menganggap ianya sebagai suatu perkara yang remeh dan memilih untuk terus menggunakan sistem yang sedia ada. Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah inisiatif untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) supaya terus maju kehadapan dan bersikap berdaya saing. Kerajaan telah menawarkan inisiatif kepada semua pengusaha kecil dan sederhana sehingga RM5000 untuk membantu para peniaga mengaplikasikan digitalisasi dalam perniagaan mereka. Para peniaga perlulah menganggap perkara ini sebagai satu peluang keemasan dan merebut peluang untuk menaiktaraf sistem yang sedia ada. Jika ditelaah sebaiknya, digitalisasi memberi pelbagai impak yang positif untuk membantu operasi perniagaan yang sedia ada. Setelah dikaji tentang kelebihan digitalisasi, pelbagai perubahan dan kelebihan yang wujud sama ada dalam atau luar negara. HAUZ telah mengambil langkah untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana berubah kepada digitalisasi, antara kebaikannya adalah seperti:

Meningkatkan Efisiensi Jika anda masih menggunakan cara tradisional seperti menggunakan kad lembaran masa untuk mengisi kehadiran, dan terpaksa menunggu kad lembaran masa dihantar kepada anda, maka, anda telah banyak membazir masa. Digitalisasi mampu meningkatkan efisiensi kerana anda tidak perlu menunggu segala kad lembaran masa atau dokumen, sebaliknya, anda hanya perlu menjana laporan daripada portal sahaja. Jimat masa dan tenaga.

Menjimatkan Kos Usah risau tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk berubah kepada digitalisasi. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk pembelian peranti kerana anda hanya perlu memuat turun aplikasi melalui telefon pintar anda. Selain itu, ianya dikira mengikut jumlah pengguna. Jadi, anda hanya perlu membayar mengikut jumlah pengguna dan yang paling penting, ianya tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan.

Lebih Terperinci dan Tepat Laporan yang terperinci sukar untuk didapatkan kerana sistem tradisional boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Tetapi digitalisasi membantu anda untuk emndapatkan laporan yang tepat dan terperinci, ianya juga akan dimuat turun dalam format fail pdf Mudah Digunakan Jangan risau jika anda berasa ianya susah digunakan kerana ianya amat mudah digunakan. Hanya perlu log masuk ke dalam akaun anda, imbas kod QR serta ambil swafoto. Dengan tiga langkah mudah ini, anda telah siap mengambil kehadiran.

Menghantar Laporan Dengan Mudah Jika terdapat sebarang kejadian atau anda ingin mengetahui perkembangan kerja yang dilakukan, anda hanya perlu menghantar interval report. Caranya amat mudah, anda hanya perlu menangkap gambar kerja yang dilakukan dan isi sedikit nota dan hantar. Bahagian pengurusan akan menerima laporan tersebut dengan pantas.

Segala Data di Simpan di Dalam Pengkomputeran Awan. Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya komputer anda menghadapi masalah? Pasti segala info dan dokumen akan hilang begitu sahaja. Anda tidak perlu berasa khuatir kerana segala data anda selamat di simpan di dalam pengkomputeran awam ( cloud computing) dan anda boleh melihat segala data yang telah tersimpan walaupun ianya telah berlalu setahun yang lepas. Untuk mencapai matlamat kerajaan iaitu mendigitalisasikan PKS menjelang tahun 2020, setiap pihak perlulah mengambil langkah yang sepatutnya. Dunia semakin maju kehadapan, maka kita haruslah mengikut rentak yang sama demi kemajuan individu pada masa akan datang. Sedikit perubahan yang dibuat pada hari ini, pasti akan mendatangkan hasil di masa akan datang.

Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan sistem kehadiran digital, hubungi kami di talian +6019 451 1262. Kami amat gembira untuk membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *