Dalam keadaan pandemik dan juga pasca pandemik, majikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan tiadanya sebarang jangkitan berlaku di tempat kerja. Usaha dari pihak majikan memberikan impak yang besar dalam memastikan pematuhan para pekerja terhadap garis panduan Standard Operating Procedure (SOP) di tempat kerja.
Antara peranan majikan dalam memastikan pekerja mematuhi SOP di tempat kerja ialah:
1. Mewajibkan pemeriksaan suhu dan kesihatan di pintu masuk tempat kerja
Semua pekerja hendaklah diwajibkan membuat pemeriksaan suhu di pintu masuk. Sekiranya terdapat pekerja yang suhunya melebihi 37.5 darjah celsius dan mempunyai gejala jangkitan, pekerja tersebut adalah tidak dibenarkan memasuki tempat kerja dan majikan perlu merujuk pekerja tersebut ke klinik yang berhampiran.
2. Meletakkan tanda jarak 1 meter di lantai/ meja/ kerusi
Penanda jarak 1 meter perlu diletakkan terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai keluasan yang terhad dan sering menjadi tumpuan orang ramai seperti ruang menunggu, surau, bilik mesyuarat dan kafeteria. Penanda ini adalah sebagai panduan kepada para pekerja dan pelawat untuk sentiasa mengekalkan penjarakan fizikal mereka.
3. Menyediakan hand sanitizer dan alat pelindung diri (PPE) kepada pekerja secukupnya mengikut keperluan
Hand sanitizer adalah disarankan untuk diletakkan di pintu masuk dan juga berhampiran alatan-alatan yang dijangka akan digunakan oleh bilangan pekerja yang ramai. Bagi tempat kerja yang mempunyai pekerja yang bertugas di kaunter atau pekerja yang kerap berurusan dengan orang awam, majikan perlu menyediakan alat pelindung diri (PPE) seperti pelitup muka (face mask) dan pelindung muka (face shield)bagi mengurangkan risiko sebarang jangkitan.
4. Mengehadkan bilangan individu yang berada di tempat kerja mengikut keluasan tempat kerja
Jika tempat kerja mempunyai ruang yang terhad, majikan perlu mengehadkan bilangan kemasukan pekerja dan pelawat ke tempat kerja dalam satu masa. Sekiranya terdapat tugas yang memerlukan penggunaan tenaga kerja untuk menjalankan kerja, majikan-majikan boleh membahagi pekerja mereka kepada beberapa kumpulan yang bertugas pada masa yang berlainan. Selain itu, majikan juga disarankan untuk membenarkan pekerja yang tidak terlibat dengan tugasan praktikal untuk bekerja dari rumah (Work from Home) dalam usaha mengekalkan keadaan di pejabat yang tidak sesak.
5. Memulakan penggunaan peralatan digital
Dalam dunia yang serba canggih kini, majikan perlu kreatif dalam memastikan pengurusan pekerja dan operasi sedia ada diperbaiki dan ditambah baik terutamanya di waktu pandemik ini. Penggunaaan peralatan digital dalam pengurusan pekerja dan operasi juga dilihat sebagai satu usaha dalam mengurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan pada mesin atau buku log laporan penggunaan sesuatu alatan.
Sebagai contoh, platform HAUZ mampu membantu majikan bukan sahaja dalam mengurangkan sentuhan fizikal pada mesin biometrik atau punch card, tetapi juga mampu mendigitalkan laporan tanpa perlunya pekerja-pekerja menulis aktiviti penggunaan mereka di buku log. HAUZ juga mendigitalkan permohonan cuti pekerja anda. Ingin tahu bagaimana HAUZ membantu? Klik di sini.
Pematuhan pekerja terhadap garis panduan SOP mampu membantu para majikan membanteras kelahiran kluster baru jangkitan. Majikan yang dapat mengekalkan pematuhan SOP di tempat kerja pada waktu pandemik ini adalah majikan yang berjaya memimpin pekerjanya dalam bersama-sama menjaga masyarakat.